Friday, January 20, 2012

"Cepat sikit tu bersiap anak dara oi , beria-ia tadi cakap kat mama tak nak pergi kenduri tu tapi dia yang paling lama bersiap", kata puan Zalsyafi kepada anak daranya yang sulungnya itu.

"Yelah ma , akak da nak siap da nie", kata Aira kepada mamanya.Dengan pantas dia mengambil kasut dan begnya lalu menuruni tangga.

Terkejut puan Zalsyafi serta adik-adik Aira kerana Aira memakai tudung.Dia pun tidak tahu kenapa dia ingin sangat memakai tudung pada malam ni.Dia berfikir mungkin sudah sampai seru kot kerana dia pernah pasang niat untuk memakai tudung.


"Dah dah,jum kita gerak pergi rumah mak cik Yam kamu,bising kang dia kalo kita datang lambat"kata puan Zalsyafi kepada anak-anaknya.

Dengan segeranya Puan Zalsyafi,Aira,Aiman dan Aizul keluar rumah dan menuju ke kereta.


"Ma,biar la akak yang drive",Aira pergi ke arah mamanya lalu mengambil kunci kereta yang berada di tangan mamanya itu.


Semua sudah masuk ke dalam kereta,Aira memulakan perjalanan ke rumah mak cik Yam.Hanya 30 minit sahaja untuk sampai ke rumah mak cik Yam.


xxxxxxxxxxxxxxxx



Sesudah sampai di rumah mak cik Yam,mama dan adik-adik yang turun dahulu kerana aku perlu parking kereta terlebih dahulu.Sesudah selesai parking kereta aku pun pergi ke arah rumah mak cik Yati.Mak cik Yati adalah jiran lama aku sekeluarga.Dia menjemput aku sekeluarga kerana dia membuat kenduri doa selamat untuk anaknya yang baru sahaja pulang dari luar negara.


Sebenarnya,Mak cik Yati ni baru pindah  dekat Port Klang dan mama baru je jumpa mak cik Yam minggu lepas time mama dan aku pergi ke pasar malam..Dulu dia sekeluarga duduk di Terengganu sama dengan keluarga aku dulu la, aku dan keluarga aku pindah ke Port Klang ni pun sebab papa aku dinaikkan pangkat.


Tiba-tiba aku terlanggar seorang mamat ni."Sory,saya tak sengaja",aku berkata.Dup dap dup dap jantung aku ni,takut la katakan.Buatnya mamat depan aku ni belasah aku ke,tak ke naya aku ni.Tapi kan aku terfikir bukan ke kalau lelaki belasah perempuan itu dilebelkan dayus?Ah,biarlah,harap-harap dia tak belasah aku atau pukul aku.


"Apa sory-sory,kalau sory naik lory lah",marah mamat tu.Nak gugur jantung aku.Aku macam kenal je suara itu tapi suara siapa erk?Aku masih lagi tidak memandang muka mamat tu.Kenapa aku tak pandang?Aku tak pandang sebab aku takutlah.Hee.Tapi aku beranikan juga diri aku ini untuk memandang muka mamat tu.Aku tak nampak dengan jelas sangat mukanya sebab gelap kot.


"Kak Aira!!!",Aiman menjerit memanggil namaku.Lantas aku meminta izin kepada mamat yang kat depan aku untuk pergi.


"Asal lambat sangat cari parking tu Aira,mama ingat Aira sesat lah tadi",gurau mama aku.Naik segan aku , dahlah ramai orang time tu.Merah muka aku apabila semua orang ketawakan aku.


Mak cik Yati menjemput aku,mama,Aiman dan Aizul untuk menjamu selera.Ketika sedang mengambil makanan,aku terdengar ada suara orang berdehem disebelah aku.Aku berpaling ke arah suara itu,alangkah terkejunya aku kerana aku sangat kenal dengan mamat yang berada dihadapan aku ini.

xxxxxxxxxxxxxxx

Aku teringat sewaktu aku di universiti dulu.

"Aira,jum lah teman aku pergi kafe kejap",ajak Wawa kepada aku.Aku dah lah tengah takde mood dan malas gila ni boleh lagi dia ajak aku pergi kafe.


"Kau nak buat apa pergi kafe??Bukan ke tadi kita da makan McD??",kata aku untuk bertanya.


"Aku nak pergi jumpa Wahylmi jap.Jumlah,teman aku kejap je aku janji.Lepas jumpe dia kita balik bilik terus",rayu Wawa kepada aku sambil buat muka seposen dia tu.Aku ni memang lemah gila kalau orang merayu pada aku.


"Yela,jum",aku menyerah.Kami menuruni tangga dan menuju ke kafe.Setelah sampai di kafe,aku sudah nampak Wahylmi bersama seorang lelaki.Siapa lelaki tu korang jangan tanya aku ea,aku memang tak kenal dan tak pernah tengok lelaki yang ada kat sebelah Wahylmi sebelum ni.


"Hai,sayang",kata Wahylmi kepada Wawa.

"Hai,sayang!",balas Wawa kepada kekasih hatinya itu.


"Hai,Aira!",kata Wahylmi kepada aku pula.

"Assalammualaikum",sengaja aku perli si Wahylmi tu.


"Waalaikummusalam" secara serantak Wahylmi dan kawannya itu menjawab.Mereka bertiga ketaw.


"Kau memang sengajakan nak perli aku kan Aira",kata Wahylmi kepada aku.Aku hanya mampu senyum,malas nak berperang mulut dengan mamat seorang ni malam-malam buta ni.Dahlah aku malas nak keluar bilik bertambah pula dirayu dengan buah hati mamat tu untuk teman dia keluar nanti tak pasal-pasal aku terus takde mood malam ni kang.


"Sayang , Aira ni aku kenalkan kawan baru aku , nama dia Azlan",Wahylmi memperkenalkan kawannya itu kepada aku dan Wawa.Korang mesti nak tahu kan macam mana muka si Azlan ni kan?Betul tak?


Si Azlan ni orangnya Kacak , orang nya tinggi , kulit putih dan memang ada lah ciri-ciri lelaki idaman malaya.Heee.


"Azlan.Azlan Azmi",Azlan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan kepada aku dan Wawa.Aku dan Wawa beselang-seli menyambut salam Azlan dimulai dengan Wawa kemudian barulah aku.Sewaktu Azlan menyalami aku,jantung aku bergerak dengan laju sekali.Nak tahu kenapa?Jangan tanya aku,aku pun tak tahu kenapa jantung aku bergerak laju ni.Hehehehe...
Lama pulak si Azlan menyalami aku ni.


"Ehemm...kut nya pun nak mengurat Aira tu agak-agak lah,tengok orang sekeliling ni.",Wahylmi menyakat kitaorang.Aku dah mula naik segan sama juga dengan Azlan.


"Dah , jum kita duduk dulu",kata Wawa kepada kitaorang.


Kami pun bergerak ke arah meja yang kedudukanya agak tersorok.Bukanya apa,malam-malam ni ramai siswa-siswi yang turun lepak kat kafe ni,nanti takut diorang fikir lain macam pulak.


"Nak makan apa?",tanya seorang pelayan kafe kepada kami.


"Bagi saya teh tarik dan nasi goreng u.s.a.", kata Mie kepada pelayan tersebut.


"Yang lain bang",kata pelayan tersebut kepada Mie.


"Lan,Wawa dan Aira , korang nak makan ape? tanya Mie kepada kitaorang.


"Saya sama macam kawan saya ni",jawab Azlan kepada pelayan tersebut.


"Saya dan kawan saya ni awak bagi milo panas je ea",kata Wawa kepada pelayan itu.


"Eh,korang tak nak makan ke?",tanya Mie kepada aku dan Wawa.


"Kitaorang da makan da tadi time balik dari beli buku.So dah kenyang lah.",jawab Wawa.


Beberapa minit kemudian,minuman dan makanan kitaorang pun sampai.Kitaorang pun minum dan makan.Time makan ada juga la kitaorang beborak dan tanya macam-macam kat Azlan.

Akhirnya,sudah tiba masa untuk kitaorang balik ke bilik masing-masing.

bersambung......


:)











No comments:

Post a Comment