Monday, June 23, 2014

Impian Harapan

Dah lama tak update blog ni ... Sejak akhir ni rase macam malas je nak update .. Myb bz keje kot .. Emmm tak lama lagi umur nak capai angka dua . Ouhh , tidakkkkk !! Gerun je bunyi. no more -TEEN .. Selamat tinggal -TEEN, Hello -TY --- ... Bercakap mengenai impian ... banyak impian harapan kali ni .. Almaklumlah .. bday bulan puasa .. mana ada orang nak tolong sambut .. Sedihkan bunyinya .. :(

Tapikan .... saya berjanji pada diri saya nak beli 1 bag dari MK - Michael Kors .. Waaa bunyi hajat macam orang kaya je kan ... Takpe2 .. Kita simpan duit slow2 ye... Insyallah bole dapat dari hasil titik peluh sendiri ... Kalau ada orang nak bagi tu Alhamdullah lah kan .. Bak kata pepatah ... Rezeki jangan ditolak Maut jangan dicari kan ... betul x ? betul kan ... hehehe ...

Handbag-2 MK tuh suma stylo-2 ... harga yang aku suke tuh plak beriban-2 .. aduhh makan masa 1/2 tahun baru dapat kot . hahaha ... MK 1-1 yang menarik minat aku ... yang jenama lain tu macam biasa2 je dan dah banyak sangat ciplak dia ...

Tuh dia salah 1 .. >.<
Insyallah suatu hari nanti ..

Friday, November 22, 2013

Kegilaan Hang-out wif BBF

Dah lama gila tak post kat blog nih ... Takde nafsu plak nak meng-update blog atas sebab-2 tertentu ... Antaranye sebab KERJA!!! Haaa, malam kelmarin(Khamis malam) kami (aku,hawa,ain,wan,bedah,nad dan juga KS merangkap "MFH" <-- apa masksud ?? Biarlah rahsia .... hehehe ^_^  .. Aku memang rindu giler-2 nak kuar beramai dengan dorang nih ... Hawe bole dikatakan hari-2 jumpa .. rumah dekat je .. Ain n Bedah plak memamg ada jumpa dekat GM sebab dorang buat part time cuti sem nih .. Wan plak memang ada jumpa kejap time nak bli laksa n cendol dekat area pharmaniaga area seksyen 7 hari tuh then ada g kenduri abg dia kwen ahad lepas ... Nad plak memang aku dah lama tak jumpa ... nih nak share gambar kteorg kat bawah nih ...
                                                            Hawe n Nad , model GIGI

   Ain,Aku,Kevin,Bed.. Terasa macam pengantin diapit dayang-2 ^_^
  Candid Action by We Ouls
   Ain nak juga snap
   Muka Nad n Wan
  Ready , 1,2,3 Snap !
  Aksi Spontan
   Time makan kita snap dulu
 Siau ! Snap gambar pakai fon Nokia 105
  Time balik atas escalator pon bole :D
    Wif Kevin <3
  Haaa amek kaw .. Kaki hawa dah naik ..
  Ape yang lawak sangat pon x ingat,rase berebut tempat kot
   Macam nih pon jadi masing-2 nak guna iphone
 Inilah sabahat kami ... da yg dr umur 5 tahun sampai skrg masih ngam ..
 Aksi duduk pulak
  Ain nak jadi RETIS , mulut aku pon xtaw cakap ape time nih
    ^_*
  Fuhh kiri , fuhh kanan
 Last Pic , tangan Wan .. grrrrr

Saturday, April 27, 2013

KENNY TIME , MAKAN-2 :D

haaa , petang semalam adalah seorang budak BESAR nih . tiba-2 je ajak aku keluar makan n jalan-2 . aku ingat boleh lah dia tahan tak jumpa aku seminggu tapi sangkaan aku silap , tak tahan budak tuh tak jumpa aku ... sanggup keluar malam janji dapat jumpa aku . hahaha (gelak jahat)

  berpatah pada tajuk UTAMA ... " KENNY TIME , MAKAN-2 :D " , hasilnya :
sedap tak ?? terliur tak ? hoho .
memang sedap , takpe ... nih orang belanje so makan je :D
memang kenyang sangat lepas habiskan semua benda nih tak termasuk dessert lagi .. perghhhhhhh !!!!!!
sebu + kembung perut mak dibuatnye . amekkaw tapi dessert yang kiteorang pilih tak sedap langsung :P

dah makan-2 , lama btol . sampai nak tutup so budak BESAR tuh suka lah , tak payah jalan-2 1 mall tuh . dah suka lah lemak-2 kat dalam badan dia tuh ... tak jadi kena bakar ... APTB ...
   nih lah hasil orang ble dah sedap makan sampai kenyang ..

hah !! boleh pulak lending at my shoulder ??? bertuah punya budak , patut lah berat semacam je kat bahu aku .... biasalah , dah kenyang makan perut penuh , mata puns berat sampai mengantuk ...
kalo dah mengantuk n duduk lama kat KENNY nih memang dah takde lah istilah nak jalan-2 .. mula-2 yea-2 je cakap nak makan dulu then baru jalan-2 sebab lepas makan elok jalan boleh bakar lemak .. bakar lemak lah sangat konon , lagi menternak lemak lagi ade lah .. (cakap je lebih dia tuh)..


*btw memang gembira dapat kenal budak sorg nih <3 *

Friday, April 26, 2013

Sudah Lama :'(

dah lama gilak aku tak post kat blog nih :'( .... bz lah katakan . bz lh sgt kau nih . heee :D ... opsss lupa nak bagi salam . Assalamualaikum n salam sejahtera . waaa mcm bdk skola je ...

bape lame tak post blog nih pon aku tak tahu , xckop kot nk kira guna jari tgn aku nih . hehe ;)
btw , byk cite yg nk diluahkan tp xd masa plak dgn kt rumah komputer rosak,cepat btol rosak . repair rosak , repair rosak n skrg dh malas repair sbb rosak bukan aku yg buat . fuhhhh , senang je duit kuar , mcm air mengalir , mcm hujan turun dan mcm org menangis kuat2 . hahahaha . bkn main byk mcm daaa . hehe .

anyway , aku sangat-2 gembira dengan kehidupan sekarang walaupun byk bz dgn kerja :D

Wednesday, September 26, 2012

KARYA PERTAMA (TAKDE KEJE KT UMA NI LAH KEJE AIZA)

SEKELIP MATA , JODOH DATANG BY SYAF AIZA

"Cepat sikit tu bersiap anak dara oi , beria-ia tadi cakap kat mama tak nak pergi kenduri tu tapi dia yang paling lama bersiap", kata puan Zalsyafi kepada anak daranya yang sulungnya itu. "Yelah ma , akak da nak siap da ni", jawab Aira kepada mamanya.

Dengan pantas dia mengambil kasut dan begnya lalu menuruni tangga. Terkejut Puan Zalsyafi serta adik-adik Aira kerana Aira memakai tudung.Aira sendiri pun tidak tahu kenapa dia ingin sangat memakai tudung pada malam ni.Sempat dia berfikir mungkin sudah sampai seru kot kerana dia pernah pasang niat untuk memakai tudung.

 "Dah dah,jum kita gerak pergi rumah Mak Cik Yam kamu,bising pula dia nanti kalau kita datang lambat"kata Puan Zalsyafi kepada anak-anaknya. Dengan segeranya Puan Zalsyafi,Aira,Aiman dan Aizul keluar rumah dan menuju ke kereta.

 "Ma,biar la akak yang drive",Aira pergi ke arah mamanya lalu mengambil kunci kereta yang berada di tangan mamanya itu. Semua sudah masuk ke dalam kereta,Aira memulakan perjalanan ke rumah mak cik Yam.Hanya 30 minit sahaja untuk sampai ke rumah mak cik Yam.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

 Sesudah sampai di rumah Mak Cik Yam,mama dan adik-adik yang turun dulu kerana aku perlu parking kereta.Sesudah selesai parking kereta aku pun pergi ke arah rumah Mak Cik Yati.Mak cik Yati adalah jiran lama aku sekeluarga.Dia menjemput aku sekeluarga kerana dia membuat kenduri doa selamat untuk anaknya yang baru sahaja pulang dari luar negara.

Sebenarnya,Mak cik Yati ni baru pindah dekat Port Klang dan mama baru je jumpa Mak Cik Yam minggu lepas time mama dan aku pergi ke pasar malam..Dulu dia sekeluarga duduk di Terengganu sama dengan keluarga aku dulu la, aku dan keluarga aku pula pindah ke Port Klang ni pun sebab papa aku dinaikkan pangkat.

 Tiba-tiba aku terlanggar seorang mamat ni."Sory,saya tak sengaja",aku berkata.Dup dap dup dap jantung aku ni,takut la katakan.Buatnya mamat depan aku ni belasah aku ke,tak ke naya aku ni.Tapi kan aku terfikir bukan ke kalau lelaki belasah perempuan itu dilabelkan dayus? Ah,biarlah harap-harap dia tak belasah aku atau pukul aku.

"Apa sory-sory,kalau sory makan strawbery lah",marah mamat tu.Nak gugur jantung aku. Aku macam kenal je suara itu tapi suara siapa erk? Aku masih lagi tidak memandang muka mamat tu.Kenapa aku tak pandang? Aku tak pandang sebab aku takutlah.Hee.Tapi aku beranikan juga diri aku ini untuk memandang muka mamat tu.Aku tak nampak dengan jelas sangat mukanya sebab gelap kot.

"Kak Aira!!!",Aiman menjerit memanggil namaku.Lantas aku meminta izin kepada mamat yang kat depan aku untuk pergi

 "Asal lambat sangat cari parking tu Aira,mama ingat Aira sesat lah tadi",gurau mama aku.

Naik segan aku , dahlah ramai orang time tu.Merah muka aku apabila semua orang ketawakan aku. Mak cik Yati menjemput aku,mama,Aiman dan Aizul untuk menjamu selera.

Ketika sedang mengambil makanan,aku terdengar ada suara orang berdehem disebelah aku.Aku berpaling ke arah suara itu,alangkah terkejunya aku kerana aku sangat kenal dengan mamat yang berada dihadapan aku ini.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aku teringat sewaktu aku di universiti dulu.

 "Aira,jum lah teman aku pergi kafe kejap",ajak Wawa kepada aku.Aku dah lah tengah takde mood dan malas gila ni boleh lagi dia ajak aku pergi kafe.

 "Kau nak buat apa pergi kafe?? Bukan ke tadi kita dah makan McD??",kata aku untuk bertanya.

 "Aku nak pergi jumpa Wahylmi jap.Jumlah,teman aku kejap je aku janji.Lepas jumpa dia kita balik terus",rayu Wawa kepada aku sambil buat muka seposen dia tu.Aku ni memang lemah gila kalau orang merayu pada aku.

 "Yela yela , jum ! ",aku menyerah.Kami menuruni tangga dan menuju ke kafe.

Setelah sampai di kafe,aku sudah nampak Wahylmi bersama seorang lelaki.Siapa lelaki tu korang jangan tanya aku ea,aku memang tak kenal dan tak pernah tengok lelaki yang ada kat sebelah Wahylmi sebelum ni.

"Hai,baby",sapaan manja Wahylmi kepada Wawa.

 "Hai,sayang!",balas Wawa kepada kekasih hatinya itu.

 "Hai,Aira!",kata Wahylmi kepada aku pula.

 "Assalammualaikum",sengaja aku perli si Wahylmi tu.

 "Waalaikummusalam" secara serantak Wahylmi dan kawannya itu menjawab.Mereka bertiga ketawa.

 "Kau memang sengajakan nak perli aku kan Aira",kata Wahylmi kepada aku.Aku hanya mampu senyum,malas nak berperang mulut dengan mamat seorang ni malam-malam buta ni.Dahlah aku malas nak keluar bilik bertambah pula dirayu dengan buah hati mamat tu untuk teman dia keluar nanti tak pasal-pasal aku terus takde mood malam ni kang.

 "Baby , Aira ni memperkenalkan kawan baru aku , nama dia Azlan",Wahylmi memperkenalkan kawannya itu kepada aku dan Wawa.

Korang mesti nak tahu kan macam mana muka si Azlan ni kan?Betul tak? Si Azlan ni orangnya Kacak , tinggi , kulit putih dan memang ada lah ciri-ciri lelaki idaman malaya.Heee.

 "Azlan.Azlan Azmi",Azlan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan kepada aku dan Wawa.Aku dan Wawa beselang-seli menyambut salam Azlan dimulai dengan Wawa kemudian barulah aku.Sewaktu Azlan menyalami aku,jantung aku bergerak dengan laju sekali.Nak tahu kenapa?Jangan tanya aku,aku pun tak tahu kenapa jantung aku bergerak laju ni.Hehehehe... Lama pulak si Azlan menyalami aku ni.

"Ehemm...kut nya pun nak mengurat Aira tu agak-agak lah,tengok orang sekeliling ni.",Wahylmi menyakat kitaorang.Aku dah mula naik segan sama juga dengan Azlan.

 "Dah , jum kita duduk dulu",kata Wawa kepada kitaorang. Kami pun bergerak ke arah meja yang kedudukanya agak tersorok.Bukanya apa,malam-malam ni ramai siswa-siswi yang turun lepak kat kafe ni,nanti takut diorang fikir lain macam pulak.

 "Nak makan apa?",tanya seorang pelayan kafe kepada kami.

"Bagi saya teh tarik dan nasi goreng u.s.a.", kata Mie kepada pelayan tersebut.

 "Yang lain bang",kata pelayan tersebut kepada Mie.

 "Lan,Wawa dan Aira , korang nak makan ape? tanya Mie kepada kitaorang.

 "Saya sama macam kawan saya ni",jawab Azlan kepada pelayan tersebut.

 "Saya dan kawan saya ni awak bagi milo panas je ea",kata Wawa kepada pelayan itu.

 "Eh,korang tak nak makan ke?",tanya Mie kepada aku dan Wawa.

"Kitaorang da makan da tadi time balik dari beli buku.So dah kenyang lah.",jawab Wawa. Beberapa minit kemudian,minuman dan makanan kitaorang pun sampai.

Kitaorang pun minum dan makan.Time makan ada juga la kitaorang beborak dan tanya macam-macam kat Azlan. Akhirnya,sudah tiba masa untuk kitaorang balik ke bilik masing-masing.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Lega rasanya ... Dapat baring juga akhirnya . Hari ini memang banyak aktiviti . Penat gila . Baru nak lelapkan mata, aku terdengar bunyi nada panggilan masuk. Aduh, sibuk betul la siapa yang call aku malam-malam buta ni. Aku baru nak tidur. Aku mengambil handphone aku dekat meja tepi katil, aku tengok di skrin nombor yang aku tidak kenal , lambat-lambat aku angkat. Setelah aku menjawab panggilan tersebut , aku tidak memulakan perbicaraan dahulu , aku hanya senyap sahaja.

 "Helo , Aira ada ? ", keluarlah suara si pemanggil. Aira terkejut kerana suara yang keluar itu adalah suara lelaki tetapi dia tidak dapat mengecam punya siapakah suara itu .

 "Helo jugak , Aira bercakap , siapa disana erk ?", jawab Aira dengan nada tertanya-tanya.

 "Saya Azlan la , kawan Wahylmie yang tadi kita jumpa dekat kafe tu.",terang Azlan kepadaku.

 "Owh , Azlan. Mana awak dapat nombor telefon saya ni ?",tanya Aira lagi. Aira terfikir , siapakah diantara Wawa dan Wahylmie yang telah memberikan nombor telofonnya?Aira fikir pasti Wahylmie yang menberikan kepada Azlan.

 "Wahylmie yang bagi, tapi saya yang minta dekat dia. Awak jangan marah dia pula ea.", terang Azlan sambil membela kawanmya itu. Aira terfikir tujuan Azlan meminta nombor telefonnya daripada Wahylmie. Apakah Azlan sudah tertarik dengannya? Aduh , jauh sangat aku berangan ni! Tetapi jikalau Azlan ingin berkenalan dengan aku , apa salahnya.Aku sudi je berkawan dengan sesiapa.Masakan lelaki setampan Azlan yang mempunyai wajah seiras Farid Kamil ini aku menolak untuk dijadikan kawan? Oh, tidak! Fikir Aira.

 "Owh, okey tapi kenapa awk minta nombor saya ea?", soal Aira dengan nada ingin tahu serta inginkan kepastian tujuan sebenar Azlan meminta numbor telefonnya.

"Saje je nak kenal dengan awak.Tak boleh ke ? kalau tak boleh takpe lah," jawab Azlan dengan nada yang sedih.

 "Haha .. Boleh lah , apa salahnyakan . Tapi takut awek awak serang saya jela .", balas Aira.

 "Eh , saya mana ada awek lah . Awak pun takde teman istimewa juga kan ?", tanya Azlan balik.

 "Owh , takde ea ? Ingatkan ada , yela orang handsome lah kata kan ..", jawab Aira . Borak punya lah borak sampai tak sedar jarum sudah menunjuk ke angka 12 tengah malam. Aira meminta izin untuk tidur. Zzzzzzzz

Semenjak mengenali Azlan selama sebulan, hidup Aira menjadi lebih ceria . Mana taknya , Aira telah sah menjadi teman istimewa kepada jejaka idaman universiti ini . Semua orang jeles dengan hubungan yang telah terbina ini . Lagi-lagi si Amira a.k.a. minah poyos sebab dia memang tergila-gilakan Azlan aku ni ..

Macam-macam cara yang Amira buat untuk pisahkan antara aku dan Azlan tetapi nasib baik aku dan Azlan mempunyai semangat dan juga iman yang kuat untuk menepis segala godaan syaitan dan kaum-kaumnya.Amira memang tak putus asa untuk mengoda Azlan . Pernah suatu hari , nyaris-nyaris Azlan tidak kena tangkap basah dengan Amira . Ini semua gara-gara Amira memberitahu bahawa dia nyaris-nyaris dirogol .

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Astaghfirullahalazim . Aku kenal sangat-sangat dengan orang yang berdiri dihadapan aku nih . Azlan Azmi . Ya, dialah Orang yang pernah memainkan perasaan aku sewaktu aku belajar dahulu. Takkan Azlan ni anak Mak Cik Yati yang baru balik dari luar negara tu pula .

 “Aira.Aira Syafi right ?” tanya Azlan kepadaku. Aku pelik , macam mana dia masih boleh ingat aku lagi padahal ramai orang cakap fizikal aku sudah berubah. Bertukar jadi kurus.

 “Errr , Azzz Azlan ?” tergagap-gagap aku menyebut namanya. Mana tak tergagap,orang yang pernah menjadi juara carta hati aku dan juga pernah melukai hati aku sekarang ini berada dihadapan aku setelah 10 tahun tidak bersua.Ya Allah , bertapa rindunya aku hanya Allah saja yang tahu. Terfikir , bagus juga Azlan meninggalkan aku dahulu kalau tidak mahu banyak lagi dosa yang akan kami lakukan.Kami sungguh naif sewaktu bersama dahulu.

 “Yup , Azlan Azmi.Aira , awak kenal saya lagi? Saya sangat-sangat rindu dekat awak Aira.Sejak saya balik dari Rusia , merata-rata saya mencari awak. Saya ingin menebus kesemua kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap awak serta ingin menunaikan semua janji saya dahulu.”kata Azlan dengan panjang lebar.

 “Eh ,Lan dah kenal Aira ke ? Tak sangka mama.” tiba-tiba Mak Cik Yati datang dan tegur kitaorang.Terkejut aku dibuatnya.Mana taknya,rupa-rupanya Azlan adalah anak Mak Cik Yati dan juga kawan sepermainan sewaktu aku kecil dahulu.Kenapa aku tidak pernah mengetahuinya sebelum ini ?

 Ya Allah , aku tahu bahawa Azlan berasal dari Terengganu tapi tak terfikir la yang Azlan ni kawan time aku kecil dahulu.Abang Azlan yang time kecik kami adik-beradik main kahwin-kahwin.Aku ingat lagi,Abang Azlan mesti mahu aku menjadi isterinya.Malu aku bila teringat kisah zaman kanak-kanak ribena.

 “Erm , ma . Aira ni lah yang Lan selalu cerita kat mama time Lan study kat UITM dulu.” terang Azlan yang membahasakan dirinya Lan kepada Mak Cik Yati.

 “Lar , yeke ? Aira yang selalu Lan cerita kat mak yang Lan suka sangat-sangat dekat dia ? Nak tahu tak ? Aira ni lah anak Mak Cil Zalsyafi jiran lama kita dulu.” Kata Mak Cik Yati. Terkejut beruk muka Azlan aku tengok bila mak dia cakap aku nak jiran lamanya merangkap kawan sepermainannya time kecil dulu.

Mana taknya , time study dulu kitaorang dah macam belangkas . Asyik berkepit je , kemana pergi mesti berdua sampai suatu hari pernah kitaorang hampir terlanjur nasib baik time tu telefon bimbit Azlan berbunyi. Setelah kejadian itu , tiba-tiba Azlan menghilang .

Aku tanya dekat Wahylmie tapi dia cakap dia tak tahu , Wawa pun sama tapi aku tahu dorang tahu Azlan dekat mana. Aku sedih sangat-sangat time tu , frust menonggeng kaki keatas kepala ke bawah tak cukup lagi meraung-raung macam orang mati laki.Hanya Allah saja yang tah bertapa sayangnya aku dekat Azlan tapi dia tinggalkan aku macam tu je.

 Sejak kejadian tu , aku memasang harapan yang aku akan bertemu dengan Azlan lagi kerana hanya Azlan seorang yang mampu membuat aku rasa tidak keruan , bahagia dan macam-macam lagi lah .

“Yeke ma ? Mak Cik Zalsyafi yang jiran sebelah rumah kita dekat Terengganu tu ?”soal Azlan kepada mamanya.

 “Yela Lan , betul tu nak ” jawab Mak Cik Yati.Azlan pun terus mengambil keputusan menyalami mama aku.Aku pandang mama , terlihat ada senyuman yang kurang menyenangkan bagi aku.

 “Wah , sudah besar ya kamu Azlan. Dulu last tengok kamu time kamu kecil lagi sekarang jumpa dah boleh jadi laki orang dah ” bicara mama kepada Azlan.Malu aku dibuatnya.

 Teringat time bersama Azlan dulu , dia selalu cakap akan jadikan aku permaisuri hatinya . Ingat lagi ke tak la sekarang ni janji-janjinya dulu. Aku harap sangat yang dia masih ingat sebab sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan dia walaupun dia pernah merobek hati kecilku dengan ganas.

 Sempatku bermonolog dalam hati , lepas ni kalau dia melamar aku . Aku akan menerimanya dengan senang hati dan mama mesti gembira sebab ada juga yang nak dekat anak daranya yang umur mencecah angka 30 . Mahu aku tak terima , dialah satu-satu lelaki yang masih bertakhta dalam hati aku dari dulu sampai sekarang . Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan cinta aku terhadap Azlan .

 “ Sudah sudah , jum kia makan dulu . Lepas ni baru lah boleh kita buat sesi jejak kasih ya .” kata Mak Cik Yati untuk menghentikan kepatungan diri aku dan Azlan . Aku pun berlalu pergi ke meja untuk makan sambil Azlan mengekori aku dari belakang .

 “ Emmm , Aira . Saya gembira sangat dapat berjumpa awak semula . Sudah lama saya mencari awak . Saya rindu sangat-sangat dekat awak , Aira . I really miss u , honey .” kata Azlan selesai sudah kita orang makan . Aku melihat riak mukanya terasa ingin menangis . Kalau takde orang dekat sini mahu masa jumpanya tadi aku terus peluk tubuh sasanya yang telah lama aku rindui .

  “ Lan , saya pun gembira dan bersyukur sangat-sangat dapat jumpa awak semula . I miss you too , b !” balasku sambil air mata lalu menitis ke pipi . Dengan spontan Azlan mengelap air mataku yang mengalir itu . Tanpa kami sedari , ada beberapa mata memandang . Orang yang memandang itu ialah mama dam mama Azlan . Segera aku tundukkan muka sebab malu yang teramat . Mama dan mama Azlan dapat dekat dengan kami.

"Akak , mama dah tahu kisah akak dengan Azlan . Mak Cik Yati kamu yang bagi tahu segala-galanya dekat mama tadi. Sampai hati akak sebab tak pernah beritahu pasal ni dekat mama . Patutlah mama suruh akak kahwin , akak bagi banyak alasan dekat mama rupanya akak menunggu prince charming pulang ke pangkuan ya ?” menjelar mama membebel sambil dihujungnya diselitkan satu gurauan kepadaku . Aku teramat lah malu pada saat itu . Memang dah blushing habis time tu .

 “ Ma pun tahu kan akak memang tak suka kongsi benda macam nih dengan orang lain . Malu ma , setelah bercinta sakan kita ditinggalkan . Sedih sangat-sangat time tuh dan sejak hari tu akak dah tanam niat tak akan layan lelaki lain sebab hati akak sudah dicuri oleh seorang jejaka idaman akak .” jawabku dengan jujur.

 “ Semua ini salah Azlan mama , Mak Cik Zal . Azlan yang tinggalkan Aira tanpa sebarang berita selepas mendapat berita arwah nenek mahu Azlan sambung study dekat Russia . Sejak Azlan balik sini memang Azlan mencari Aira tetapi tak jumpa . Azlan bersyukur akhirnya Allah mempermudahkan usaha dan memakbulkan doa-doa Azlan selama ini . Malam ni semasa kenduri kesyukuran yang mama buat Azlan telah berjumpa dengan orang yang paling Azlan rindu selama 10 tahun tidak dengan khabar .” jelas Azlan kepada mama dan mamanya .

 “ Macam ni lah . Azlan ,mama nak tanya kamu . Betul kamu masih sayang dan cinta dekat Aira ?” soal Mak Cik Yati kepada anak terunanya itu.

 “ Ya , ma . Azlan masih sayang dan cinta Aira sangat-sangat dari dulu sampai sekarang tak pernah pudar .” jawab Azlan dengan bersungguh-sungguh.

 “ Zal , kalau aku masuk meminang anak dara kau , kau terima tak ?” tanya Mak Cik Yati kepada mama . Serentak itu , mama , Azlan dan aku terkejut dengan soalan yang diajukan .

 “ Aku setuju kalau anak dara aku setuju . Memandangkan aku dah tahu apa keputusan Aira , aku terima . Kau meminang lah dengan beradat sebagai mana kita orang melayu selalu lakukan .” terang mama kepada Mak Cik Yati.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Seminggu selepas itu , rombongan meminang tiba di rumah aku . Dengan persetujuan mama , aku dan Azlan akan ditunangkan sekali dan majlis pernikahan akan berlangsung sebulan dari tarikh kami dinikahkan . Mak Cik Yati masuk ke dalam bilik untuk sesi menyarung cincin .

 Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati cincin yang akan disarungkan ke jari manisku ini adala cincin idaman aku . Aku pernah menyatakan kepada Azlan semasa kami bercinta dahulu . Aku terharu sangat kerana Azlan masih ingat lagi cincin idaman aku .

 Bentuk cincin ini simple . Emas putih bertakhta berlian ruby sebutir . Ukiran bentuknya memang unik .

Setelah selesai majlis pertunangan , aku dan Azlan membuat sesi fotografi gambar sebagai kenangan . Azlan mengenakan t-shirt purple sedondon dengan baju pertunangan yang aku pakai . Setelah itu , kami serta sedara-mara sibuk menguruskan majlis pernikahan kami .

 Akhirnya , saat-saat yang dinantikan oleh seorang gadis untuk menamatkan zaman bujangnya telah tiba buat diriku. Aku mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna krim begiu juga dengan Azlan .


 Saat mendengar Azlan melafazkan akad nikah terasa air mataku ingin mengalir tetapi aku tahan kerana malu . haha . Kini tiba sesi pembatalan air sembahyang . Saat Azlan mencium dahiku , air matiku yang tadi ditahan untuk mengalir telah megalir lalu membasahi pipi .

 Azlan berbisik kepadaku “ Terima kasih sayang sebab sudi menjadi permaisuri dihati abang , sudah jangan menangis nanti tak comel isteri abang .” sambil itu Azlan mengelap sisa air mata aku .

 Alangkah gembiranya aku akhirnya dapat menjadi isteri kepada jejaka yang menjadi juara carta hati aku selama 10 tahun . Bersyukur dengan pertemuan tanpa disangka pada kenduri kesyukuran Abang Azlan telah membawa kami ke alam bahagia . Benarlah kata orang kalau ada jodoh tak akan kemana pasti akan bersatu jua akhirnya walaupon seorang ke bulan seorang lagi ke bintang .

 **Terima kasih kerana sudi membaca cerpen pertama saya ini . Segala kesilapan saya minta maaf dan saya janji akan memperbaiki kesilapan itu pada masa akan datang .

Monday, September 24, 2012

SALAH FAHAM ^ ^

hehehe , misi berjaya nak kenakan orang . nak panaskan hati orang . adelah sorg M nih , aiza tgk asyk ber LOVE-LOVE ngn sorg N tp aiza dpt taw yg M nih ade mengayat N lain . tu lah lelaki , tak pernah nak cukup dengan sorg . ade yg sempurna nak crk yg lbih sempurna tgk skrg , ape pon xdpt . padan mke . haaa , berbalik dengan tajuk utama aiza kan . salah faham nie antara c am n apis . ade ke patot dye ckp ac n lb nih sweet couple , pdhl dorg x taw agenda ac n lb nk panaskn hati org lain . hahaha . sblm agenda nih bermula , ac n lb ade tgk status M tu berloving ngn N . pas agenda ac n lb berjalan tgk status M tu NOT IN MOOD LAH , DONT DISTRUB ME LAH . mcm2 r . haha padan mke . nk sweet sgt , amek kaw , ac n lb lg sweet u know (berlakon jela). kelaka pon ade . sampai am n apis pon percaya dengan lakonan ac n lb . hehe . so ac n lb nh bole menang anugerah pelakon pasangan popular lah kn sampai korg percaya . haha . tengs n credit to lb coz berhasil menjayakan watak utama dlm drama ac nih . syg kaw ! reruskan lakonan mantap tuh ek ! ^_* . to am n apis , jgn keliru taw .

Sunday, September 23, 2012

THIS LOVE

okayy , sejak memahami lirik lagu THIS LOVE-MAROON 5 nih . aiza dah mula minat giler lagu nih . best ble dpt memahami setiap mait lagu nih . kdg2 bercakap mcm berpidato pon ade time boring . nih kat bwk ade lirik nye , syok taw lgu nih . I was so high, I did not recognize, The fire burning in her eyes, The chaos that controlled my mind, Whispered goodbye as she got on a plane, Never to return again, But always in my heart, This love has taken it's toll on me, She said goodbye too many times before, And her heart is breaking in front of me, I have no choice 'cause I won't say goodbye anymore, I tried my best to feed her appetite, Keep her coming every night, So hard to keep her satisfied, Kept playing love like it was just a game, Pretending to feel the same, Then turn around and leave again, I'll fix these broken things, Repair your broken wings, And make sure everything is alright, My pressure on your hips, Sinking my fingertips, Into every inch of you, 'Cause I know that's what you want me to do,